Wednesday, October 13, 2010

KASIHNYA IBU...........sedarlah wahai anak lelaki dan menantu perempuan.......

salam semua ..

Just nk share something.........

Satu kisah untuk dijadikan renungan dan pengajaran......
MENITIK air mata saya kerana tersentuh membaca kisah minggu lalu berjudul 'Ibu
sakit anak-anak bersengketa.' Kisah itu hampir saya dengan apa yang sedang saya
lalui. Saya terpaksa berhenti beberapa kali kerana air mata berguguran tanpa
berhenti kerana saya terlalu sedih.

''Saya mempunyai dua orang abang, tetapi yang sulung bersikap lepas tangan untuk
menjaga emak kami yang sakit, sama seperti yang Shahariah lalui,'' Demikian
cerita Nazirah dalam e-mel yang dikirimkannya Isnin lalu.


''Kami empat beradik semuanya, saya anak ketiga, dan seorang adik perempuan. Dua
abang saya telah berkahwin dan berkeluarga. Abang Naz menunjukkan sikap yang
amat mengecewakan saya. Hidupnya senang lenang dengan bantuan ayah semasa
hayatnya, tetapi kemewahan yang dikecapinya menjadikan dia seperti kacang
lupakan kulit.


''Sebelum emak jatuh sakit dia tinggal sendirian, tak jauh dari rumah saya dan
abang di utara tanah air. Kata emak kami dah berkeluarga binalah keluarga
sendiri. Abang kedua tinggal di KL, adik baru sahaja berkahwin, dulu masih
belajar di kolej di KL.


''Bila emak diserang strok saya ambil dia tinggal bersama saya. Lima tahun
lamanya saya jaga emak sendirian. Abang Naz langsung tak membantu, malah
menjenguk emak pun boleh dikira dengan jari. Nak jadikan cerita dua tahun lalu
saya terpaksa mengikut suami bertugas jauh ke negeri di bawah bayu. Nak bawak
emak dia sakit. Jadi saya terpaksa tinggalkan dengan abang Naz.

''Selama itulah emak dilayan macam peminta sedekah yang hina dan kotor. Setelah
suami saya berjaya dapat bertukar kembali ke Semenanjung, maka abang Naz tidak
sabar-sabar menghantar emak kembali ke rumah saya dengan alasan dia sudah tidak
tahan lagi kerana perangai emak amat degil.


''Isterinya, kak Zu juga tidak boleh tahan lagi melihat keadaan emak yang dikata
pengotor.


''Kata abang Naz emak degil tidak mahu pakai lampin pakai buang itulah sebabnya
lantai rumahnya, kerusi, kain emak berbau hancing. Malah kata kak Zu saudara
maranya tak mahu lagi datang ke rumahnya kerana tak tahan bau emak.

''Adatlah orang dapat strok begitulah keadaannya, kita sebagai anak kena sabar.
Dulu semasa saya jaga emak saya ambil pembantu, jadi bolehlah dia membantu saya
menguruskan keperluan ibu kerana saya pun bekerja. Dan saya tanggung semua
perbelanjaan mengambil pembantu termasuk membayar gaji bulanannya. Untuk
memudahkan diri apalah salahnya abang ambil pembantu juga? Kerana dia mampu!

''Tetapi kini untuk mengambil pembantu baru kerana yang lama sudah berhenti,
saya meminta bantuan adik-beradik, kerana perbelanjaannya besar. Lagi pun
tugasnya semata-mata menjaga emak dan mengikut emak ke mana sahaja jika emak
hendak bertukar angin tinggal di rumah abang. Jadi tidaklah penat kak Zu jaga
emak.

Pembantu


''Emak tak kuat berdiri, berjalan pun kena pimpin, apa lagi hendak menguruskan
diri sendiri, dengan adanya pembantu ringanlah sedikit tugas menguruskan emak.
Tapi abang Naz tak setuju. Saya boleh terima kalau isterinya buat perangai
bencikan emak mertua. Tetapi saya amat sedih bila abang Naz sendiri bencikan
emak, malah dia jijik dan malu melihat keadaan emak.

''Bila saya tanyakan abang Naz kenapa benci sangat dengan emak. Katanya mengapa
dia yang kena jaga emak, sedangkan Angah langsung tak pernah jaga emak. Taulah
saya rupanya dia dengki abang Ngah yang tinggal di KL. Sebenarnya bukan abang
Ngah tak mahu ambil emak, tapi emak tak mahu tinggal di bandar jauh dari
kampung. Lagi pun perjalanannya amat jauh.


''Memang isteri abang Ngah, Syah pun buat perangai bencikan emak. Tetapi abang
Ngah ambil berat pasal emak. Selain mengajak tinggal di rumahnya, abang Ngah
hulurkan perbelanjaan untuk emak seperti membeli lampin pakai buang dan makan
minum emak.

''Abang Naz cadangkan kami bergilir-gilir jaga emak tiga bulan seorang. Tetapi
mengapa baru sekarang, mengapa tak buat cadangan semasa saya jaga emak sendirian
lima tahun dulu.


''Saya tanya abang Naz adakah tanggungjawab menjaga emak hendak digilirkan,
sedangkan ia menjadi tanggungjawab seorang anak lelaki Islam yang seumur
hidupnya, haknya dipegang oleh ibunya sendiri.


''Isteri pula perlu taat kepada suaminya dan juga wajib taat kepada ibu
mertuanya. Bukan saya mahu mengungkit apa yang telah saya buat selama menjaga
emak tetapi, saya bertuah mempunyai suami yang faham masalah saya dan
mengizinkan saya menjaga emak. Jika takdir suami saya tak izinkan, apa akan jadi
pada emak? Pasti anak lelaki akan ditanya Allah di dunia mahupun di akhirat
kelak.

''Ingatlah wahai abang suatu hari nanti kita juga akan tua dan tidak berupaya,
dan cuba fikirkan adakah anak-anak kita akan melayan kita seperti mana yang kita
kehendaki atau mereka melayan kita seperti apa yang kita lakukan kepada ibu bapa
kita sekarang?

''Insaflah, setiap apa yang kita lakukan hari ini akan ada balasannya, kita
tidak perlu tunggu akhirat sebaliknya kita akan terima pembalasan atas perbuatan
kita semasa di dunia lagi. Fikirkanlah dan ingatlah. Ketika itu menangis air
mata darah pun sudah tidak berguna lagi. Kerana segala-galanya sudah terlambat.

''Apa salahnya, jika kita adik-beradik duduk bersemuka dan berbincang dengan
cara baik untuk mencari penyelesaian terbaik untuk semua pihak? Bukan saya tak
mahu jaga emak lagi, tetapi saya tak mahu abang menerima pembalasan atas
perbuatan abang kepada emak sekarang. Namun saya tetap jaga emak sebab saya
sayangkan emak, kerana emaklah satu-satunya emak saya dunia dan akhirat.''
Demikian luahan hati Nazirah.

Itulah kisah yg aku rasa ada kena mengena ngan idup aku.....


lamanyalah.. tak jenguk n  tulis blog nih kan..lepas raya dokdangg......betul kata dierg..mula2 xcited..lama2 xtertulis.......ngan busynya duk open hse sana sini......

Just nk meluahkan perasaan....apakah , adakah...adoyaiii ...dalam hati nih ..seribu serba satu soalan yg duk terbayang.........Ya Allah..ko panjangkan umur ibuku ya Allah..Ameen.......
Senja semalam aku mendapat call dr  adik ku..kata mak dah xmacam dulu..xlalu mkn n nampak uzur sgt..yg paling menakutkan..tanda2 yg ada pada..mcm mak nk meninggalkan kami jer..Subhanallah..just imagine...betapa luluh dan sedih lalu aku menangis xhingat mlm td....
Lepas smayang maghrib..bertubi2 doaka ku kirimkan...aku hanya mengadu padaNYa..supaya..sihat2kan badan ibuku ...panjangkanlah umurnya...........dalam pada masa yg sama..aku hanya berserah pada Allah(SWT)..buatlah yg terbaik utk ibuku........Ameen .....
Runsingggggg...... aku tak sanggup ..................... Sesungguhnya..IBUKU lah ibu yg terbaek didunia dan akhirat...

Peringatan utk diriku jua.... Akan ku sayangi ibu mertua ku seperti ibu kandungku..Insyaallah..akan buat yg terbaik utk dierg didunia nih dan diakhirat..semoga bersama2 kita menyayangi ibu kita selagi mereka berada didunia nih.....

Ameen.     :''(

No comments:

Post a Comment